PANDUAN MERISIK & BERTUNANG
Senarai Semak Bagi Bakal Pengantin Melayu.
Merisik:
Pihak lelaki yang ingin melamar dan merisik si gadis pilihan, mereka perlulah memastikan perkara-perkara berikut di bawa bersama. Antaranya ialah:
- Cincin belah rotan. (cincin tanda)
- Wang tanda (hantaran)
- Baju sepasang atau kain
- Buah-buahan
- Kuih-muih
- Menentukan siapakah yang akan menjadi wakil anda. (ibu bapa atau ibu bapa saudara)
- Wakil pihak lelaki tersebut perlulah bertanya kepada ibu bapa si perempuan sama ada anak gadisnya itu telah mempunyai teman atau tidak.
- Jika tidak, maka wakil pihak lelaki perlulah menyatakan hajat untuk melamar si gadis. Jika ibu bapa si gadis telah bersetuju, maka cincin tanda dan lain-lain barang iringan seperti wang tanda, kain, buah-buahan dan kuih-muih diberikan.
- Jika mereka menerima barang-barang yang diberikan, maka secara tidak langsung, si gadis telahpun bersetuju untuk melayari hidup bersama lelaki tersebut.
- Wakil pihak lelaki berbincang tentang wang hantaran.
- Menetapkan hari untuk melangsungkan majlis pertunangan.
Pada Hari Pertunangan:
- Cincin berlian
- Sirih junjung
- Lain-lain hantaran (separuh dari wang hantaran, sepasang baju, buah-buahan, kasut, kek, dan lain-lain) bergantung kepada apa yang telah anda rancangkan.
- Wakil pihak lelaki (ibu atau ibu saudara) yang akan menyarungkan cincin kepada si gadis.