Showing posts with label Tips and Guide. Show all posts
Showing posts with label Tips and Guide. Show all posts

11 September 2013

DIY: Tutorial Poppy Flower : Bunga 3D menggunakan chiffon

Assalamualaikum.

Ok entri hari ni lupakan pasal diet ke ape ke today nak bagi tutorial sket kat hampa yang rajin 
nak buat DIY ni. Halamak hutang bunga 3D ros pun aku belum langsaikan lagi dah kasik tutorial lain. Takpa takpa kalau korang nak sabar ya nanti den buat. Asik terlupe sesaje hehehe... Ampunkan hamba.

Nak buat ni ketahanan mental diperlukan ye... hehe. lagi-lagi guna kain chiffon yang lembut lemah gemalai tu.

Tutorial ni untuk lekat kat baju punya tau. Haa moh kita start.


1. Pertama sekali kena dapatkan bentuk bunga yang macam gambar kat bawah ni. Uols boleh copy and print je kot dari gambar ni. Sebelum print tu pastikan dulu saiz macammana uols nak ok.




2. Lepas dah print uols gunting jadikan template ikut bentuknya and sukati mokcik pokcik uols nak saiz mcmmana ok. Aku buat 3 saiz mcm dalam gambar ni. e'eh lepas print korang guntinglah kannnn...




3. Lepas gunting uols tekap kat atas kain chiffon yang nak digunting. Lukis balik guna kapur. Jangan guna kapur tulis papan hitam tu pulak weh. Kapur biasa org pakai untuk menjahit tu daaa.... ok tengok gambar la. Part ni memang lecehhhh. Lepas lukis kena gunting lagiiiiiiiii leceh sebabnya kain lembut. Bertabahla sikit nanti ye.. hehe


4. Nilah hasilnya. 3 saiz. Kecik sederhana dan besar.


5. Untuk jadikan sekuntum bunga uols kena amik satu yang dah dibentuk tadi then lipat 4 macam gambar di bawah ini. :)


6. Disebabkan tutorial ni untuk dijahit atas baju makanya aku terus jahit atas baju tersebut. Setengah orang jahit atas satu lapisan bulat tang muntotnya tu. Tapi den buat cara pintas saja hikhikk. Macam kat gambar tu boleh tengok aku jahit satu persatu kelopak yang dah dilipat 4 tadi. Uols jahit 4 side ok. Then kalau rajin buat 2,3 layer itupun kalau nak nampak bunga korang gumok gebussss gituh.


7. Taraaaa.. Siap dah bunga tu. Sebelum tu hiaskan pearl 3 bijik kat tengah bunga tu ok. nak letak benda lain pun boleh ikut sesedap rasa uols. ceyyy dah macam main masak-masak pulak. Macam gambar kat bawah ni aku buat untuk baju nikah. Bahagian kaki baju tu letak bunga saiz besar then bahagian dada tu pula saiz sederhana. Saiz kecik tu ate mana pulak ek? hehe adela aku letak kat bahagian lengan baju.


8. Hasil penuh untuk bunga 3D serta baju nikah tersebut.





Okla cukup untuk hari ni. Till then. ;) see yahhh

p/s : baju, tudung, veil dan jahit manik boleh ditempah ya. Anything boleh sms/Whatsapp 0167138134

05 September 2013

3 days 1kg lost

Tajuk tuuuu....WHAT???

Iye betul. now is day4 in diet. semalam timbang dah lost 1kg and of course in day3 huhu. seronok wehhh...lemak berkurang walaupun baru 1kg (ntah pape ntah). tapi semangat waja tinggi. 

Sebab bersemangat waja?

eh? waja? proton waja hubbyku. ok melalut dahhh. aku semangat sebab kena cabar oleh seseorang.
my roommate, bantalmate, tvmate....eh ehh apa-apa matelah...iaitu incik hubby. siap ganjarannya sekali. ok ok cabaran disahut!

Haruslah cabaran tu disahut sebabnya badan mengembang dengan jayanya akibat RAYA. aduh! dan lagi satu penyebabnya aku baru lepas pantang akibat keguguran seminggu sebelum raya. lepas pantang aku balas dendam muahahaha. dan atas nasihat doktor jugak "if you want to get pregnant again you must control your weight" ouchhhh.sentap >.<

oklah nak share pic bekfes pagi tadi, lunch and dinner.


 ni contoh sarapan aku in the morning. telur goreng 2biji + timun + ikan bilis goreng.



ni pulak luncheos. hehe opkosla xdak nasi weh. ayam + daging + bayam =)


my dinner.. sup sayur kobis + bunga kobis + isi ayam....tabur sikit ikan bilis goreng.. haaaa banyak ni pun dah kenyang... air masak kasi banyak2 minum...hehe

oklah till next entry sambung lagi cerita diet ni. moga2 in 2 month dapat lost 10kg. cayukkkk!! 







24 June 2011

Tips and Guide

Special for those guys out there yg nk MEMINANG ANAK DARA org...hehe 


PANDUAN MERISIK & BERTUNANG

Senarai Semak Bagi Bakal Pengantin Melayu.

Merisik:
Pihak lelaki yang ingin melamar dan merisik si gadis pilihan, mereka perlulah memastikan perkara-perkara berikut di bawa bersama. Antaranya ialah:


  • Cincin belah rotan. (cincin tanda)
  • Wang tanda (hantaran) 
  •  Baju sepasang atau kain
  • Buah-buahan
  • Kuih-muih
  • Menentukan siapakah yang akan menjadi wakil anda. (ibu bapa atau ibu bapa saudara)
  • Wakil pihak lelaki tersebut perlulah bertanya kepada ibu bapa si perempuan sama ada anak gadisnya itu telah mempunyai teman atau tidak.
  • Jika tidak, maka wakil pihak lelaki perlulah menyatakan hajat untuk melamar si gadis. Jika ibu bapa si gadis telah bersetuju, maka cincin tanda dan lain-lain barang iringan seperti wang tanda, kain, buah-buahan dan kuih-muih diberikan.
  • Jika mereka menerima barang-barang yang diberikan, maka secara tidak langsung, si gadis telahpun bersetuju untuk melayari hidup bersama lelaki tersebut.
  • Wakil pihak lelaki berbincang tentang wang hantaran.
  • Menetapkan hari untuk melangsungkan majlis pertunangan.
    Pada Hari Pertunangan:

    • Cincin berlian
    • Sirih junjung
    • Lain-lain hantaran (separuh dari wang hantaran, sepasang baju, buah-buahan, kasut, kek, dan lain-lain) bergantung kepada apa yang telah anda rancangkan.
    • Wakil pihak lelaki (ibu atau ibu saudara) yang akan menyarungkan cincin kepada si gadis.

    10 March 2011

    Complete Guide to Makeup Brushes!!!


    Watch this hot video!

    Complete Guide to Makeup Brushes!!!

    Promo : Pakej Mekap Termurah!


    PAKEJ TUNANG A RM200

    1x mekap
    1x hair do / hiasan tudung
    1x bunga tangan artificial
    Aksesori (veil + crown + rantai + subang)





    PAKEJ TUNANG B RM700

    1x mekap
    1x hiasan tudung
    1x set pelamin mini standard/panel
    1x bunga tangan artificial flower
    Aksesori (veil + crown + rantai + subang)
    Fotografi + 1 DVD full pics unlimited shoot



    p/s: please contact me for makeup service or any inquiry @


     ridsy2211@gmail.com 




    04 March 2011

    Tip of the day : Pemilihan Warna Solekan



    Warna kulit adalah faktor penting yang mempengaruhi pemilihan warna dan jenis kosmetik yang kamu perlukan. Berikut adalah panduan pemilihan warna kosmetik yang paling sesuai untuk warna kulit kamu:

    1) Pemilihan Warna Solekan untuk Kulit Cerah

    - Penggunaan warna terang untuk kelihatan moden dan ceria.
    - Penggunaan warna pastel untuk kelihatan lembut, manis dan segar.
    - Penggunaan warna gelap untuk kelihatan elegan. Warna ini sesuai untuk digunakan untuk solekan wajah pada waktu malam.
    - Penggunaan warna pink dan hijau memberikan kesan klasik.


    2) Pemilihan Warna Solekan untuk Kulit Kuning Langsat

    - Elak menggunakan warna pastel kerana warna ini akan membuatkan wajah kamu kelihatan kotor atau comot. Kombinasi warna pastel dan warna kuning adalah padanan warna yang tidak serasi.
    - Elak menggunakan warna terang kerana jenis warna ini akan memberi kesan terlalu kontra pada wajah. Kamu mungkin akan kelihatan seperti badut!
    - Pilihlah warna hijau tua, ungu, biru, pink dan seumpamanya untuk kelihatan menarik untuk solekan pada siang hari.
    - Pilihlah warna gelap yang mewah untuk kelihatan elegan pada waktu malam.
    - Pilihlah warna emas atau copper untuk kelihatan eksotik.


    3) Pemilihan Warna Solekan Untuk Kulit Sawo Matang

    - Elak menggunakan warna pastel terutama yang berjenis ‘matte’ kerana warna ini akan membuatkan wajah kamu kelihat kotor atau comot.
    - Pilihlah warna-warna yang mengandungi pengilat (shimmer) untuk kesan berkilau dan kelihatan eksotik.
    - Pilihlah warna gelap dengan kesan shimmer pada waktu malam untuk kelihatan hebat.

    p/s : ape yg penting kene pakai makeup foundation dulu! pun kene pilih kaler yg sesuai...selamat bermekap!!!

    03 March 2011

    Tip of the day : make up tahan lama!

    hari ni mood nak bg petua....cewah...

    cara untuk bagi make up tahan lama sapukan ketulan ais di seluruh muka....

    keringkan then boleh start bermake up!

    dengan cara ni muke kurang berminyak jugak sebab ais tu dah kecikkan liang pori.

    x caye? cubela....:-)