31 October 2012

Peplum Kurung vs Peplum Top

Salam...
quick update for today...
nak share review pasal fesyen PEPLUM yang tengah 'in' sangat sekarang ni.
Peplum Kurung, Peplum Top, Peplum dress....

Apa itu Peplum?

jom tgk review blog sebelah --> http://ridsylicious.blogspot.com

kasik tgk gambar satu ye :-) cantik sungguh si zara ni dengan peplum dari cosry purple label ni uols...
geram tengok! 

29 October 2012

DIY : bunga 3D ros menggunakan chiffon

Salam...
masih xterlambat lg kot nak wish selamat hari raya aidiladha utk thn 2012 ni...
sambil2 cuti saya manfaatkan sket mase buat DIY bunga 3D ros ni...
bunga ini utk dijahit pada baju and dress tempahan dari customer...

tadaaaa.... ;-)


ok ni adalah hasil dr tgn memintal2 fabric chiffon kaler putih dan tiffany green...
bercadang nak buat tutorial tapi tak snap gambar proses pulak...
so tutorial terpakse pospon dulu ye...
sgt sesuai ni utk bride-to-be yg rajin meng-DIY nih ;-)

cuci2 mata dulu....
thanks for viewing...jumpe lg next entry utk tutorial 3D roses!

19 October 2012

PCOS ialah Penyakit Khusus Orang Perempuan


Assalamualaikum....
Disebabkan gejala ini selalu bermain2 di benak pikiranku dan kawan serta family slalu tanye "selalu sakit2 hari perut hari tu dah cek doctor ckp ape"? PCOS jawapannya. bertanye lagi "PCOS tu ape"? maka terdetik nak buat entri pasal ni sebab jenuh nak eksplen kat sorang demi sorang. Sile buat pembacaan dengan meluas ye! Kawan2 lain yang duk blog walking pun perlu tau nih! manela tau sendiri ade atau mak, kakak, adik, isteri or anak ade ke..so info ni amat berguna. 
Info ni sangat berguna bagi sesape yang telah berkahwin dan belum dapat anak dan inilah kemungkinan jawapan kepada persoalan2:
Kenapa belum ada anak?
Kenapa selalu sakit/rasa cramp kat perut atau peranakan?
Kenapa selalu senggugut?
Kenapa rambut gugur tak henti-henti?
Kenapa asik berjerawat?
Kenapa senang naik berat badan tapi susah turun?
.....den letewww yg dah rase sume di atas ni.. :-(

APA ITU PCOS?
PCOS adalah penyakit khusus untuk orang perempuanyang berkaitan dengan ovari. Polycystic ovarian syndrome (PCOS) adalah sejenis penyakit dimana hormon yang tidak seimbang mungkin menimbulkan kesakitan, haid yang tidak menentu, ketidak suburan, kenaikan berat badan, bulu badan yang berlebihan dan mungkin ada tanda-tanda penyakit diabetes. Pengeluaran insulin yang tidak normal dan/atau halangan insulin menjadi penyebab penyakit PCOS ini.

Polycystic Ovaries Syndrome

poly = banyak, cystic = kista, Ovary = telur, Syndrome = kumpulan gejala


Secara ringkas:
PCOS merupakan suatu sindrom (kumpulan gejala) yang terjadi karena penumpukan folikel-folikel pada indung telur yang berkembang tidak sempurna.



Gambar USG menunjukkan, penderita PCOS memiliki 12 butir atau lebih folikel telur kecil2 dan tidak berkembang sempurna. Pada keadaan normal, ovarium (indung telur) hanya memproduksi sedikit androgen, namun pada penderita PCOS, androgen meningkat sehingga keadaan ini ditandai dengan adanya siklus haid yang tidak teratur, sedikit atau tidak mendapat haid, ditemukannya kista-kista kecil pada indung telur (ovarium polisistik), hirsutisme (tumbuhnya rambut berlebihan), muncul jerawat berlebihan pada wajah dan infertilitas (ketidaksuburan), serta kadang-kadang disertai dengan peningkatan berat badan.

Apakah Sindrom Polycystic ovari?

Polycystic ovari atau PCO adalah suatu keadaan di mana kilang telur atau ovari pada seseorang wanita menjadi bengkak oleh sebab benih-benih telah terperangkap dalam ovari dan tidak boleh menetas pada waktu subur. Maka apabila berlaku keadaan seperti ini lama-kelamaan ovari akan membengkak, pada permukaan luar ovari mempunyai banyak follicles yang kecil dan menimbulkan berbagai jenis masalah kesihatan pada wanita tersebut.
Kejadian penyakit ini kian meningkat di kalangan wanita Malaysia dan mencapai tahap yang membimbangkan kerana ia menjejaskan kesuburan dan keupayaan mereka untuk hamil dan melahirkan anak.



Apakah tanda-tanda penyakit Polycystic ovari?




Perbandingan ovarium normal dan ovarium penderita PCOS. Penyebab penyakit ini belum sepenuhnya diketahui. Belum diketahui gen spesifik yang menjadi penyebab PCOS namun menurut info di wikipedia, PCOS disebabkan oleh beberapa kelainan genetis. PCOS memang merupakan salah satu tumor jinak yang berbentuk kista (kantung atau benjolan yang berisi cairan) indung telur. Pada jangka panjang, jika tumor ini tidak diobati, dapat membahayakan karena meningkatkan resiko terjadinya kanker endometrium, diabetes, dan penyakit jantung. Diduga PCOS disebabkan oleh hormon yg tidak seimbang akibat transfer kimia antara otak dan indung telur. PCOS juga dapat terjadi karena kadar LH (Lutheinizing Hormone) dan insulin terlalu tinggi, sehingga menghasilkan produksi hormon testosteron pada indung telur lebih banyak. 

Kebanyakan dari pesakit-pesakit PCOS datang berjumpa doktor pakar sakit puan sebab sukar hendak hamil walaupun telah lama mencuba. Ada yang telah beberapa tahun berkahwin tetapi masih belum medapat zuriat. Ada yang berjaya mendapat anak pertama dan gagal untuk hamil lagi selepas itu. Mereka ini mudah meningkat berat badan mereka dan seringkali peningkatan ini berlaku secara mendadak. 

I.Haid tidak teratur. 
Tanda yang biasa ialah haid yang tidak teratur, biasanya lambat datang haid dan kadang- kadang jarak antara haid menjadi begitu jauh sekali sehingga 3 atau 6 bulan untuk datang haid yang berikutnya. Ada setengah wanita pula sehingga mencecah satu tahun tidak datang haid.

II.Gemuk @ obesiti
Peningkatan berat badan menyebabkan wanita itu gemuk atau obes. Ini juga tanda lain bagi polycystic ovari. Seringkali peningkatan berat badan ini berlaku secara mendadak iaitu selepas ia berkahwin dan pada ketika itu pusingan haid pun menjadi lebih tidak teratur dan kesuburan mereka sangat kurang ataupun langsung tidak subur kerana telur tidak dapat menetas. Ia terjadi kerana sel badan menahan dari hormon insulin yang mengawal gula. Insulin ini menahan sel pertahanan dari menggunakan gula di dalam badan secara normal dan gula tersebut di simpan sebagai lemak secara terus.

III.Darah haid sikit atau/dan berpanjangan 
Wanita pula mengalami selain daripada pusingan haid yang begitu panjang jangka waktunya, mereka juga boleh mengalami perdarahan haid yang mungkin berlaku dengan sedikit sekali, tidak seperti biasa haid akan keluar dengan sederhana selama seminggu. Tetapi wanita yang mengidap penyakit polycystic ovari akan mengalami haid yang sangat sedikit hanya menitis selama 2 atau 3 hari. Ada juga di kalangan mereka yang mengalami pendarahan yang berpanjangan sampai 15 hari ataupun 30 hari tanpa henti.

IV.Tumbuh rambut. 
Setengah wanita pula tanda-tanda lain ialah tumbuh rambut pada kaki, tumbuh misai dan janggut dan juga tumbuh rambut pada bahagian tangan dan ada kalanya di bahagian dada. Ini adalah disebabkan hormon androgen yang berlebihan menandakan peningkatan dalam hormon lelaki dalam darah wanita tersebut. Iaitu satu keadaan yang sering berlaku dikalangan pengidap penyakit polycystic ovari.





Berdasarkan ilustrasi gambar yg tersedia di atas, dapat diterangkan beberapa hal:
  1. Setelah memperoleh sinyal dari hormon LH dan FSH, indung telur memproduksi hormon estrogen dan progesteron (hormon sex wanita). Semua wanita normal juga memproduksi hormon androgen testosteron (hormon sex lelaki) meskipun dalam jumlah yg sangat sedikit.
  2. Pankreas adalah organ yg memproduksi hormon insulin. Kadar insulin yg cukup tinggi juga dapat menyebabkan indung telur memproduksi lebih banyak.
  3. Kelenjar Pituitary pada otak memproduksi hormon LH dan FSH (Follicle Stimulating Hormones).
  4. Hormon testosteron dan itu dapat berpengaruh terhadap hormon estrogen dan progesteron.

 Fakta-fakta penting secara ringkas berkenaan PCOS:


  • Polycystic ovarian disease atau PCOS adalah satu keadaan penyakit system reproduksi dimana berlaku ketidakseimbangan hormon dalam badan yang memberi kesan terhadap kitaran haid dan ovulasi.
  • Dikatakan 6-10% wanita mengalami PCOS.
  • Kajian menunjukkan 90% wanita yang mengalami haid tidak teratur mengalami PCOS dan 30% yang tidak mengalami haid langsung didapati mengidap PCOS.                  
  • Punca PCOS masih belum diketahui sepenuhnya dan penyelidikan sedang dijalankan untuk mengetahui sebab ia terjadi.
  • Antara tanda utama PCOS termasuklah tiada ovulasi, ovari yang bengkak yang mengandungi cyst-cyst kecil didalamnya dan berat badan yang berlebihan.
  • PCOS terjadi kebanyakkan pada wanita pada usia 20-30 tidak mengira kaum dan budaya. Ia juga kerap terjadi dikalangan sanak saudara tetapi bukan penyakit keturunan.
  • Ramai wanita mengalami gejala atau simtom yang berbeza diantara satu sama lain yang kadang-kadang membuatkan diagnosa secara klinikal menjadi sukar untuk dibuat.
  • Ada juga yang mempunyai simtom yang terlalu ringan seperti jerawat kecil ada juga yang mempunyai simtom yang lebih teruk seperti tumbuh bulu berlebihan pada muka dan keguguran rambut.
  • Untuk membuat diagnosa PCOS, wanita sekurang-kurangnya perlu mengalami sekurang-kurangnya 2 dari criteria berikut:
    • Haid yang tidak teratur atau tiada ovulasi
    • Tahap hormon androgen yang tinggi, atau
    • Polycystic Ovari
  • Diagnosa PCOS boleh dibuat dengan menjalani ujian darah LH/FSH pada hari kedua atau ketiga haid, ujian tahap testosterone dan imbasan ultrasound.
  • PCOS memberikan wanita lebih risiko untuk mendapat masalah infertiliti disebabkan anovulasi, kencing manis, tekanan darah dan kolesterol yang tinggi, kegemukan dan masalah kanser rahim.
  • PCOS adalah penyakit yang akan dialami seumur hidup dan setakat ini tiada ubat yang boleh mencegahnya. Jarang-jarang, ia hilang dengan sendirinya.                   
  • Rawatan bergantung kepada samada wanita berhasrat untuk hamil atau tidak. Ubatan termasuklah pil hormon dan ubat subur.

Simptom:

1. Kitaran haid tidak menentu. 

2. Masalah jerawat. 

3. Masalah berat badan - berat badan bertambah ataupun bahagian atas badan lebih besar atau gemuk daripada bahagian bawah. 

4. Hirsutism - pertumbuhan bulu roma yang tidak normal (seperti misai atau janggut). 

5. Ovari lebih bengkak daripada wanita lain dan mempunyai lebih daripada satu cista. 

6. Kurang subur. 

7. Keguguran rambut. 

Rawatan: 

Terbahagi kepada tiga, iaitu - 

1. Ubat - pengambilan ubat seperti Clomid dan suntikan HCG untuk membantu proses ovulasi. Sesuai digunakan untuk wanita yang langsing dan hanya boleh dilakukan bagi tempoh enam bulan sekali atau enam kali saja. 

2. Surgeri - pembedahan Laparoscopic Ovarian Drilling yang mana ovari akan ditebuk supaya cista kecil dihapuskan dan ovari lebih senang distimulasikan untuk menghasilkan telur dan ovulasi. 

3. IVF - jika masih tidak dapat mengandung selepas kesemua rawatan tadi dilakukan, pasangan perlu menimbangkan teknik rawatan IVF.


 SOAL JAWAB PESAKIT PCOS:


SAYA berusia 28 tahun, masih bujang dan berasa takut untuk berkahwin kerana doktor sudah mengesahkan saya menghidap PCOS. Saya diberitahu penghidap PCOS sukar untuk hamil dan jika hamil mudah mengalami keguguran.
Selain itu saya ada dengar cerita, jika menghidap PCOS saya turut berisiko diserang sakit jantung, kencing manis dan barah rahim.Saya tidak begitu mengetahui mengenai penyakit PCOS dan saya minta doktor jelaskan secara terperinci.

AZILA OTHMAN
Melalui e-mel 


Jawapan doktor:

PENYAKIT polycystic ovarian syndrome (PCOS) mula dibincangkan oleh Stein dan Leventhal dalam tahun 1935. Penyakit ini mempunyai beberapa ciri dan pada tahun 2003, pakar-pakar dari Amerika dan Eropah bersepakat PCOS perlu mempunyai sekurang-kurangnya dua daripada tiga ciri berikut:

1. Bukti terdapat kadar hormon lelaki, androgen yang tinggi (secara kadar biokimia atau manifestasi klinikal) iaitu hirsutism (terdapat bulu tumbuh pada kawasan yang khusus untuk lelaki seperti misai dan janggut), jerawat dan juga botak di bahagian depan kepala.

2. Permasalahan proses ovulasi, kitaran haid yang lama (contohnya kedatangan haid yang tidak tetap, setiap 2-3 bulan), tempoh pendarahan yang lama dan pendarahan yang sedikit.

3. Kilang ovari mempunyai banyak sista. Pemeriksaan ultrabunyi menunjukkan terdapat banyak folikel yang kecil dan tidak membesar secukupnya untuk mengeluarkan ovum (benih wanita) dalam proses ovulasi. Sista lazimnya berukuran kurang daripada 10 mm garis pusatnya.

Penyakit PCOS berkemungkinan berlaku dalam 16-33 peratus wanita yang tidak mempunyai tanda penyakit. Sebaliknya, di kalangan mereka yang mempunyai ciri-cirinya seperti hirsuitism, masalah pendarahan haid dan jerawat, kadar PCOS boleh mencecah sehingga 90 peratus.

Tidak diketahui apa penyebab penyakit PCOS tetapi terdapat kemungkinan ia penyakit keturunan. Kajian menunjukkan bahawa di kalangan keluarga terdekat kadar penyakit ini meninggi enam kali ganda.

Masalah kencing manis berlaku dalam 30-60 peratus wanita yang berpenyakit PCOS terutama bagi wanita yang mempunyai berat badan yang berlebihan.

Kajian juga menunjukkan bahawa wanita PCOS ini mengalami masalah kesihatan jangka panjang seperti:


1. Mempunyai risiko yang tinggi untuk barah rahim (endometrium) – lima kali ganda;

2. Mempunyai risiko yang lebih untuk barah ovari - 2.5 kali ganda;

3. Risiko untuk penyakit kencing manis seperti yang disebut di atas;

4. Masalah kesukaran untuk hamil;

5. Kaitan dengan masalah sakit jantung sudah dikenal pasti tetapi kajian jangka panjang tidak menunjukkan terdapatnya penambahan kadar kematian disebabkan penyakit jantung bagi wanita yang berpenyakit PCOS.

Rawatan penyakit PCOS ini bergantung kepada umur wanita dan keinginannya untuk hamil. Rawatan juga penting untuk mengurangkan risiko barah rahim terutama jika kitaran haidnya terlalu lama dan pendarahan yang terlalu banyak.

Beberapa langkah yang boleh dilakukan untuk mengimbangi hormon dan pencapaian hamil:

1. Mengurangkan berat badan ke tahap yang unggul (MBI 20-24) bagi ketinggian seseorang;


2. Menggunakan ubat-ubatan untuk menghasilkan proses ovulasi. Dos ubat-ubatan ini perlu digunakan dalam kadar yang sedikit kerana wanita PCOS mungkin terlalu sensitif dan boleh menyebabkan terlalu banyak folikel terangsang;

3. Menjalani pembedahan kecil pada ovari iaitu ovarian drilling (penebukan pada kilang ovari). Folikel yang banyak dicucuk supaya memberi jalan bagi proses ovulasi. Tujuan proses ini dilakukan ialah untuk mengatasi masalah selaput ovari tebal yang terdapat pada wanita PCOS;

4. Rawatan dengan hormon untuk memulihkan kitaran haid kepada yang normal;

5. Kajian ada menunjukkan bahawa rawatan dengan menggunakan ubat-ubatan untuk menurunkan kadar gula dalam darah (rawatan untuk penyakit kencing manis) boleh mengurangkan masalah fungsi insulin terjejas (insulin resistance), serta mengurangkan kadar testosterone dan menghasilkan kitaran haid yang lebih seragam.


Info dari :


http://perkawinan.blogspot.com/2005/09/gadis-disahkan-hidap-pcos-takut.html


http://portal.alamhamil.com/index.php?option=com_content&view=article&id=104:fakta-penting-pcos&catid=35:sukar-hamil&Itemid=57


Harap2 ini info sgt berguna untuk kawan2 yg nak tau ye. dan juga ini jawapan yg panjang lebar bagi sesape tanye den napo laie xdapek2 baby...huhu kadang2 mls ckp panjang lebar just jawab Allah belum nak bg rezeki lg... noktah.


15 October 2012

Diskaun Voucer 20%


HAPPY MONDAY!
Salam....

today nak share sket...sesape yang nak booking any tempahan after this bolehla claim voucer diskaun 20% di laman www.facebook.com/Ridsylicious 

voucer tersebut boleh claim untuk tempah :

1. tudung/shawl custom made
2. shawl halfmoon custom made
3. veil 
4. baju kurung
5. kurung moden/mini
6. kebaya
7. baju melayu
8. dress utk tunang/nikah/sanding
9. set busana pengantin

so ape tunggu lagi cepat2 grab!!
sgt mudah untuk nikmati diskaun dengan langkah seperti berikut:
1. "like" page ini www.facebook.com/Ridsylicious
2. click pada "GET OFFER"

itu s.a.h.a.j.a....
claim voucher valid untill end of this coming disember! 

thanks for viewing....;-)

11 October 2012

SOGO Warehouse Clearance!

Good Day all of you kawan2! ;-)

Nak bagitau yang SOGO ade buat warehouse clearance starting 11-14 Oct 2012!
OMG banyaknya brg murah2...
rugi sape yang tak pergi nih...
dalam 4 hari diskaun sehingga 70%!!!


info lanjut atau nak download catalog click here

HAPPY SHOPPING!

05 October 2012

My Wedding Day - part III , 17 June 2012

assalammualaikum....salam pagi jumaat ;)

Hari ni nak tepek my wedding photo untuk majlis sambut menantu di Segamat.
Tema persalinan kali ini Biru dan Hitam.
with cool shoot!





nampak aku mcm ade pertambahan 5kg dlm gambar nih! deyummm...untuk makluman saye rase sgt tercekik dgn pemakaian tudung ini (ala-ala tudung siti nurhaliza bak kate mak andam tu)....4 lapis termasuk sanggul palsu aiyakkk....ketat sehingga tolak lemak2 di leherku...seksanya Tuhan jela yg tau... nasihat untuk bakal pengantin diluar sana berhati2 kalau nak pakai fesyen camni time wedding...thinks twice okeh! pemilihan inner neck yg sepadan dan menutupi separuh lemak2 leher dan pipi akan membantu muka anda tampak runcing!(bukan seperti gambar diatas..inner neck mmg out!)huhu...trust me! hehe...

thanks for watching! ;)

27 September 2012

My Wedding Day, 3 June 2012 - part II


assalammualaikum...

*sambungan dari part I*

my wedding theme is brown and gold. the bridal couture is made by me. the design, veil and beading tapi yang jahitnye org lainlah....mcm penat je nak buat sume! so skang sape nak sewa angkat tangan!!! heh =p...

credit to photografer http://asbesstos.blogspot.com/
meh layan...


haa...time ni opkos dah ilang rase nebes dihati. hey opkosla nebes nak masuk dewan. ramai! tp mase jalan mcm xnmpk org dah..jalan nak laju aje. malu okeh malu! haha...


senyum ;) xperlu kata apa-apa....


aummmmmm! the simple kek. kek lambat sampai sebab xde staff buat delivery.demn. padehal kedai bawah dewan je kot...last2 amik sendiri je...eh mestila bukan pengantin yg amik :p


ini semua ex-housemate kesayangan saya auwww! haha 


ex-colleagues at dreamedge. thanks korg!

tangan di bahu muke pandang ataslah....nape pandang kamera nih?haha

my study-mate utm. eh azfa mane kau? thanks korg2 sebab aku sibuk nk kawen time nih sampai xinvolve assgnment tp korg masukkan jugak name aku. milion thanks sebab menyumbang utk aku lulus jugak! ;) ok2 kalo korg terbace blog nih aku tau dah korg nak ape...haha yela2 nnt2 aku belanja makan. pulunlah korg!


my husband's big family... 


and opkos its my lovely family...


merenung mase depan ke.haha


yeay! selesai sudah berkahwin! nikah dan bersanding di hari yang sama... my target to be married when im 28 years old and its happened smoothly...(tipu! banyak pancaroba sebenarnye okeh) ....makanya lengkap sudah kami berdua.

oh ye mane gambar ngn kawan2 lain?hurm mcm xdptla nak upload sume kan kan...sowi :p...ade yg xsempat amik gambo korg dah balik kannnnn...sampai ati! sobs sobss

walaupun mcm dah basi je tetap nak say thanks pada semua yang terlibat dalam majlis tersebut. tetap meriah walaupun ramai xdapat join sebab clash ngn kenduri lain sampai 3-4 kenduri sehari! almaklumlah nak jugak kenduri time sekolah kan. tu la padahnye kannnnn amekaw...nak wat camno family mak den ramai cikgu-cikgi ye harap maklum...

new chapter begin and hopefully rezeki lepas kawen ni mencurah-curahhhhh hendaknye! :-) amin.





25 September 2012

My Wedding Day, 3 June 2012 - part I

Bismillah.....



Berbulan rasanye tak meng-update blog nih...last update mase membujang lg but now dah jadik 'puan' lor...hehe status dah bertukar...mood blog pun nak ditukar jugak...tukar title blog, tukar url, tukar template, tukar layout, tukar semua in good mood!!! ;) amboi sume nak ditukarnya! yes. new life has began! ecehh..


This is the reason...simple but lovely moment... :)


debaran di hari pernikahan...


tok kadi sporting...terus akad je ;)


alhamdulillah...syukur selamat menjadi isteri dengan sekali lafaz! ;)


I'm yours! will love you till jannah hubby....sobs sobs


ketara muke pengantin sembab dek tangisan syukur kami!!huhu... thanks beloved sahabat yg menemankan dan menyaksikan my best moment ouchhh...oh ya lepas bersalaman dengan hangla ni cik umi aku banjir xhenti2...she said "aku sebak" then i cannot tahan anymore!!


we're happy! (^_^)


.........................;)

03 April 2012

Menerima Tempahan Jahitan Manik

 Jahitan Manik Baju Tunang untuk Butik


 Jahitan Manik Baju Tunang untuk Butik

 Jahitan Manik Baju Tunang untuk Butik

 Jahit Manik Veil/layah 

 Jahit Manik Veil/layah

  Jahit Manik Veil/layah

  Jahit Manik Veil/layah

 Jahit Manik baju nikah

 Jahit Manik baju nikah

Upah murah serendah RM 80 dan ke atas....:-)

berminat untuk tempahan jahit manik untuk baju anda? 
email me at ivory346white@gmail.com
or sms 0143299637. 

06 January 2012

Tempahan veil / layah untuk baju pertunangan / perkahwinan




tempahan veil untuk hari bahagia anda dengan bajet serendah rm100!
matching dengan baju...
material : soft net 1.5 mtr, beads, pearls, 3D flower, jemeki/kristal/swarovski
sile PM inbox fb http://www.facebook.com/chear.mar , atau EMAIL ridsy2211@gmail.com atau
SMS 0143299637...

01 January 2012

Majlis Pertunangan

20.11.2011 (motip baru nak update?haha)
tarikh rombongan datang merisik sekaligus meminang.
pinang siapa nih? dah tentulah saya hehe.
Jom layan sekeping dua photo sekitar majlis tersebut.
disebabkan tidak menggunakan khidmat photografer pro so gambar yang superb untuk tontonan tak berapa banyak.

*persalinan tunang termasuk veil adalah dari sentuhan tangan saya sendiri. fabrik lace + chifon yang dibeli dari Surabaya, Indonesia. alhamdulillah puas hati.
* sentuhan mekap juga dari tangan sendiri...huhu...sweet2 touch je untuk majlis tunang. juga alhamdulillah syukur pada DIA yang anugerahkan saya 'tangan seni'... ;) untung dan jimatkan???

jom layankan je...





see. sape yang terlebih penat sebenarnya di hari majlis? tak lain tak bukan anak buah yang sibuk main lari sana lari sini. lompat sana lompat sini...nah rasekan. haha