Assalamualaikum....
Disebabkan gejala ini selalu bermain2 di benak pikiranku dan kawan serta family slalu tanye "selalu sakit2 hari perut hari tu dah cek doctor ckp ape"? PCOS jawapannya. bertanye lagi "PCOS tu ape"? maka terdetik nak buat entri pasal ni sebab jenuh nak eksplen kat sorang demi sorang. Sile buat pembacaan dengan meluas ye! Kawan2 lain yang duk blog walking pun perlu tau nih! manela tau sendiri ade atau mak, kakak, adik, isteri or anak ade ke..so info ni amat berguna.
Info ni sangat berguna bagi sesape yang telah berkahwin dan belum dapat anak dan inilah kemungkinan jawapan kepada persoalan2:
Kenapa belum ada anak?
Kenapa selalu sakit/rasa cramp kat perut atau peranakan?
Kenapa selalu senggugut?
Kenapa rambut gugur tak henti-henti?
Kenapa asik berjerawat?
Kenapa senang naik berat badan tapi susah turun?
.....den letewww yg dah rase sume di atas ni.. :-(
APA ITU PCOS?
PCOS adalah penyakit khusus untuk orang perempuanyang berkaitan dengan ovari. Polycystic ovarian syndrome (PCOS) adalah sejenis penyakit dimana hormon yang tidak seimbang mungkin menimbulkan kesakitan, haid yang tidak menentu, ketidak suburan, kenaikan berat badan, bulu badan yang berlebihan dan mungkin ada tanda-tanda penyakit diabetes. Pengeluaran insulin yang tidak normal dan/atau halangan insulin menjadi penyebab penyakit PCOS ini.
poly = banyak, cystic = kista, Ovary = telur, Syndrome = kumpulan gejala
Secara ringkas:
PCOS merupakan suatu sindrom (kumpulan gejala) yang terjadi karena penumpukan folikel-folikel pada indung telur yang berkembang tidak sempurna.
Gambar USG menunjukkan, penderita PCOS memiliki 12 butir atau lebih folikel telur kecil2 dan tidak berkembang sempurna. Pada keadaan normal, ovarium (indung telur) hanya memproduksi sedikit androgen, namun pada penderita PCOS, androgen meningkat sehingga keadaan ini ditandai dengan adanya siklus haid yang tidak teratur, sedikit atau tidak mendapat haid, ditemukannya kista-kista kecil pada indung telur (ovarium polisistik), hirsutisme (tumbuhnya rambut berlebihan), muncul jerawat berlebihan pada wajah dan infertilitas (ketidaksuburan), serta kadang-kadang disertai dengan peningkatan berat badan.
Apakah Sindrom Polycystic ovari?
Polycystic ovari atau PCO adalah suatu keadaan di mana kilang telur atau ovari pada seseorang wanita menjadi bengkak oleh sebab benih-benih telah terperangkap dalam ovari dan tidak boleh menetas pada waktu subur. Maka apabila berlaku keadaan seperti ini lama-kelamaan ovari akan membengkak, pada permukaan luar ovari mempunyai banyak follicles yang kecil dan menimbulkan berbagai jenis masalah kesihatan pada wanita tersebut.
Kejadian penyakit ini kian meningkat di kalangan wanita Malaysia dan mencapai tahap yang membimbangkan kerana ia menjejaskan kesuburan dan keupayaan mereka untuk hamil dan melahirkan anak.Polycystic ovari atau PCO adalah suatu keadaan di mana kilang telur atau ovari pada seseorang wanita menjadi bengkak oleh sebab benih-benih telah terperangkap dalam ovari dan tidak boleh menetas pada waktu subur. Maka apabila berlaku keadaan seperti ini lama-kelamaan ovari akan membengkak, pada permukaan luar ovari mempunyai banyak follicles yang kecil dan menimbulkan berbagai jenis masalah kesihatan pada wanita tersebut.
Apakah tanda-tanda penyakit Polycystic ovari?
Perbandingan ovarium normal dan ovarium penderita PCOS. Penyebab penyakit ini belum sepenuhnya diketahui. Belum diketahui gen spesifik yang menjadi penyebab PCOS namun menurut info di wikipedia, PCOS disebabkan oleh beberapa kelainan genetis. PCOS memang merupakan salah satu tumor jinak yang berbentuk kista (kantung atau benjolan yang berisi cairan) indung telur. Pada jangka panjang, jika tumor ini tidak diobati, dapat membahayakan karena meningkatkan resiko terjadinya kanker endometrium, diabetes, dan penyakit jantung. Diduga PCOS disebabkan oleh hormon yg tidak seimbang akibat transfer kimia antara otak dan indung telur. PCOS juga dapat terjadi karena kadar LH (Lutheinizing Hormone) dan insulin terlalu tinggi, sehingga menghasilkan produksi hormon testosteron pada indung telur lebih banyak.
Kebanyakan dari pesakit-pesakit PCOS datang berjumpa doktor pakar sakit puan sebab sukar hendak hamil walaupun telah lama mencuba. Ada yang telah beberapa tahun berkahwin tetapi masih belum medapat zuriat. Ada yang berjaya mendapat anak pertama dan gagal untuk hamil lagi selepas itu. Mereka ini mudah meningkat berat badan mereka dan seringkali peningkatan ini berlaku secara mendadak.
Tanda yang biasa ialah haid yang tidak teratur, biasanya lambat datang haid dan kadang- kadang jarak antara haid menjadi begitu jauh sekali sehingga 3 atau 6 bulan untuk datang haid yang berikutnya. Ada setengah wanita pula sehingga mencecah satu tahun tidak datang haid.
II.Gemuk @ obesiti
Peningkatan berat badan menyebabkan wanita itu gemuk atau obes. Ini juga tanda lain bagi polycystic ovari. Seringkali peningkatan berat badan ini berlaku secara mendadak iaitu selepas ia berkahwin dan pada ketika itu pusingan haid pun menjadi lebih tidak teratur dan kesuburan mereka sangat kurang ataupun langsung tidak subur kerana telur tidak dapat menetas. Ia terjadi kerana sel badan menahan dari hormon insulin yang mengawal gula. Insulin ini menahan sel pertahanan dari menggunakan gula di dalam badan secara normal dan gula tersebut di simpan sebagai lemak secara terus.
III.Darah haid sikit atau/dan berpanjangan
Wanita pula mengalami selain daripada pusingan haid yang begitu panjang jangka waktunya, mereka juga boleh mengalami perdarahan haid yang mungkin berlaku dengan sedikit sekali, tidak seperti biasa haid akan keluar dengan sederhana selama seminggu. Tetapi wanita yang mengidap penyakit polycystic ovari akan mengalami haid yang sangat sedikit hanya menitis selama 2 atau 3 hari. Ada juga di kalangan mereka yang mengalami pendarahan yang berpanjangan sampai 15 hari ataupun 30 hari tanpa henti.
IV.Tumbuh rambut.
Setengah wanita pula tanda-tanda lain ialah tumbuh rambut pada kaki, tumbuh misai dan janggut dan juga tumbuh rambut pada bahagian tangan dan ada kalanya di bahagian dada. Ini adalah disebabkan hormon androgen yang berlebihan menandakan peningkatan dalam hormon lelaki dalam darah wanita tersebut. Iaitu satu keadaan yang sering berlaku dikalangan pengidap penyakit polycystic ovari.
Berdasarkan ilustrasi gambar yg tersedia di atas, dapat diterangkan beberapa hal:
- Setelah memperoleh sinyal dari hormon LH dan FSH, indung telur memproduksi hormon estrogen dan progesteron (hormon sex wanita). Semua wanita normal juga memproduksi hormon androgen testosteron (hormon sex lelaki) meskipun dalam jumlah yg sangat sedikit.
- Pankreas adalah organ yg memproduksi hormon insulin. Kadar insulin yg cukup tinggi juga dapat menyebabkan indung telur memproduksi lebih banyak.
- Kelenjar Pituitary pada otak memproduksi hormon LH dan FSH (Follicle Stimulating Hormones).
- Hormon testosteron dan itu dapat berpengaruh terhadap hormon estrogen dan progesteron.
Fakta-fakta penting secara ringkas berkenaan PCOS:
- Polycystic ovarian disease atau PCOS adalah satu keadaan penyakit system reproduksi dimana berlaku ketidakseimbangan hormon dalam badan yang memberi kesan terhadap kitaran haid dan ovulasi.
- Dikatakan 6-10% wanita mengalami PCOS.
- Kajian menunjukkan 90% wanita yang mengalami haid tidak teratur mengalami PCOS dan 30% yang tidak mengalami haid langsung didapati mengidap PCOS.
- Punca PCOS masih belum diketahui sepenuhnya dan penyelidikan sedang dijalankan untuk mengetahui sebab ia terjadi.
- Antara tanda utama PCOS termasuklah tiada ovulasi, ovari yang bengkak yang mengandungi cyst-cyst kecil didalamnya dan berat badan yang berlebihan.
- PCOS terjadi kebanyakkan pada wanita pada usia 20-30 tidak mengira kaum dan budaya. Ia juga kerap terjadi dikalangan sanak saudara tetapi bukan penyakit keturunan.
- Ramai wanita mengalami gejala atau simtom yang berbeza diantara satu sama lain yang kadang-kadang membuatkan diagnosa secara klinikal menjadi sukar untuk dibuat.
- Ada juga yang mempunyai simtom yang terlalu ringan seperti jerawat kecil ada juga yang mempunyai simtom yang lebih teruk seperti tumbuh bulu berlebihan pada muka dan keguguran rambut.
- Untuk membuat diagnosa PCOS, wanita sekurang-kurangnya perlu mengalami sekurang-kurangnya 2 dari criteria berikut:
- Haid yang tidak teratur atau tiada ovulasi
- Tahap hormon androgen yang tinggi, atau
- Polycystic Ovari
- Diagnosa PCOS boleh dibuat dengan menjalani ujian darah LH/FSH pada hari kedua atau ketiga haid, ujian tahap testosterone dan imbasan ultrasound.
- PCOS memberikan wanita lebih risiko untuk mendapat masalah infertiliti disebabkan anovulasi, kencing manis, tekanan darah dan kolesterol yang tinggi, kegemukan dan masalah kanser rahim.
- PCOS adalah penyakit yang akan dialami seumur hidup dan setakat ini tiada ubat yang boleh mencegahnya. Jarang-jarang, ia hilang dengan sendirinya.
- Rawatan bergantung kepada samada wanita berhasrat untuk hamil atau tidak. Ubatan termasuklah pil hormon dan ubat subur.
Simptom:
1. Kitaran haid tidak menentu.
2. Masalah jerawat.
3. Masalah berat badan - berat badan bertambah ataupun bahagian atas badan lebih besar atau gemuk daripada bahagian bawah.
4. Hirsutism - pertumbuhan bulu roma yang tidak normal (seperti misai atau janggut).
5. Ovari lebih bengkak daripada wanita lain dan mempunyai lebih daripada satu cista.
6. Kurang subur.
7. Keguguran rambut.
Rawatan:
Terbahagi kepada tiga, iaitu -
1. Ubat - pengambilan ubat seperti Clomid dan suntikan HCG untuk membantu proses ovulasi. Sesuai digunakan untuk wanita yang langsing dan hanya boleh dilakukan bagi tempoh enam bulan sekali atau enam kali saja.
2. Surgeri - pembedahan Laparoscopic Ovarian Drilling yang mana ovari akan ditebuk supaya cista kecil dihapuskan dan ovari lebih senang distimulasikan untuk menghasilkan telur dan ovulasi.
3. IVF - jika masih tidak dapat mengandung selepas kesemua rawatan tadi dilakukan, pasangan perlu menimbangkan teknik rawatan IVF.
SAYA berusia 28 tahun, masih bujang dan berasa takut untuk berkahwin kerana doktor sudah mengesahkan saya menghidap PCOS. Saya diberitahu penghidap PCOS sukar untuk hamil dan jika hamil mudah mengalami keguguran.
Selain itu saya ada dengar cerita, jika menghidap PCOS saya turut berisiko diserang sakit jantung, kencing manis dan barah rahim.Saya tidak begitu mengetahui mengenai penyakit PCOS dan saya minta doktor jelaskan secara terperinci.AZILA OTHMAN
Melalui e-mel
Jawapan doktor:
PENYAKIT polycystic ovarian syndrome (PCOS) mula dibincangkan oleh Stein dan Leventhal dalam tahun 1935. Penyakit ini mempunyai beberapa ciri dan pada tahun 2003, pakar-pakar dari Amerika dan Eropah bersepakat PCOS perlu mempunyai sekurang-kurangnya dua daripada tiga ciri berikut:
1. Bukti terdapat kadar hormon lelaki, androgen yang tinggi (secara kadar biokimia atau manifestasi klinikal) iaitu hirsutism (terdapat bulu tumbuh pada kawasan yang khusus untuk lelaki seperti misai dan janggut), jerawat dan juga botak di bahagian depan kepala.
2. Permasalahan proses ovulasi, kitaran haid yang lama (contohnya kedatangan haid yang tidak tetap, setiap 2-3 bulan), tempoh pendarahan yang lama dan pendarahan yang sedikit.
3. Kilang ovari mempunyai banyak sista. Pemeriksaan ultrabunyi menunjukkan terdapat banyak folikel yang kecil dan tidak membesar secukupnya untuk mengeluarkan ovum (benih wanita) dalam proses ovulasi. Sista lazimnya berukuran kurang daripada 10 mm garis pusatnya.
Penyakit PCOS berkemungkinan berlaku dalam 16-33 peratus wanita yang tidak mempunyai tanda penyakit. Sebaliknya, di kalangan mereka yang mempunyai ciri-cirinya seperti hirsuitism, masalah pendarahan haid dan jerawat, kadar PCOS boleh mencecah sehingga 90 peratus.
Tidak diketahui apa penyebab penyakit PCOS tetapi terdapat kemungkinan ia penyakit keturunan. Kajian menunjukkan bahawa di kalangan keluarga terdekat kadar penyakit ini meninggi enam kali ganda.
Masalah kencing manis berlaku dalam 30-60 peratus wanita yang berpenyakit PCOS terutama bagi wanita yang mempunyai berat badan yang berlebihan.
Kajian juga menunjukkan bahawa wanita PCOS ini mengalami masalah kesihatan jangka panjang seperti:
1. Mempunyai risiko yang tinggi untuk barah rahim (endometrium) – lima kali ganda;
2. Mempunyai risiko yang lebih untuk barah ovari - 2.5 kali ganda;
3. Risiko untuk penyakit kencing manis seperti yang disebut di atas;
4. Masalah kesukaran untuk hamil;
5. Kaitan dengan masalah sakit jantung sudah dikenal pasti tetapi kajian jangka panjang tidak menunjukkan terdapatnya penambahan kadar kematian disebabkan penyakit jantung bagi wanita yang berpenyakit PCOS.
Rawatan penyakit PCOS ini bergantung kepada umur wanita dan keinginannya untuk hamil. Rawatan juga penting untuk mengurangkan risiko barah rahim terutama jika kitaran haidnya terlalu lama dan pendarahan yang terlalu banyak.
Beberapa langkah yang boleh dilakukan untuk mengimbangi hormon dan pencapaian hamil:
1. Mengurangkan berat badan ke tahap yang unggul (MBI 20-24) bagi ketinggian seseorang;
2. Menggunakan ubat-ubatan untuk menghasilkan proses ovulasi. Dos ubat-ubatan ini perlu digunakan dalam kadar yang sedikit kerana wanita PCOS mungkin terlalu sensitif dan boleh menyebabkan terlalu banyak folikel terangsang;
3. Menjalani pembedahan kecil pada ovari iaitu ovarian drilling (penebukan pada kilang ovari). Folikel yang banyak dicucuk supaya memberi jalan bagi proses ovulasi. Tujuan proses ini dilakukan ialah untuk mengatasi masalah selaput ovari tebal yang terdapat pada wanita PCOS;
4. Rawatan dengan hormon untuk memulihkan kitaran haid kepada yang normal;
5. Kajian ada menunjukkan bahawa rawatan dengan menggunakan ubat-ubatan untuk menurunkan kadar gula dalam darah (rawatan untuk penyakit kencing manis) boleh mengurangkan masalah fungsi insulin terjejas (insulin resistance), serta mengurangkan kadar testosterone dan menghasilkan kitaran haid yang lebih seragam.
Info dari :
http://perkawinan.blogspot.com/2005/09/gadis-disahkan-hidap-pcos-takut.html
http://portal.alamhamil.com/index.php?option=com_content&view=article&id=104:fakta-penting-pcos&catid=35:sukar-hamil&Itemid=57
Harap2 ini info sgt berguna untuk kawan2 yg nak tau ye. dan juga ini jawapan yg panjang lebar bagi sesape tanye den napo laie xdapek2 baby...huhu kadang2 mls ckp panjang lebar just jawab Allah belum nak bg rezeki lg... noktah.
so lau ade pcos ni xleh pregnant ke?tkotnye..kt mcm ade simptom2..nk kena g check dlu
ReplyDeleteBukan xboleh lgsung...susah sket je..kne pg jumpe doc cek dulu xyah tggu setahun lepas kawen pun...
ReplyDelete@Chyma A.B
ReplyDeletekt ade jual produk jsd taw..smlm kt tgk ade testimoni psl pengguna yg ade pcos. lau nk taw leh add fb kt https://www.facebook.com/eza.ezara.9
pstu tgk link ni https://www.facebook.com/media/set/?set=a.317132518383174.69923.100002592851085&type=3#!/photo.php?fbid=344424818987277&set=a.317132518383174.69923.100002592851085&type=3&theater
owh...its ok yunk...doc advice xleh amik ape2 jamu utk sementare waktu..lgpun cik P still regular..hari ni appointment dgn doc die ade bg ubat clomid utk kesuburan n vitamin folic asid... hopefully ade good news nextmonth hehehe...
ReplyDeletenak try jus manggis xango tak ??? manalah tahu kalau berkesan kann,, dah ramai yg cuba :) insyaAllah :) http://ytazzizzaty.blogspot.com/2012/10/jus-manggis-xango-untuk-kesihatan.html
ReplyDeletetq for advice -ytazzi- :-)
Deleteada hamba Allah tu dia dilahirkan seorang perempuan tetapi makin dia meningkat umur hormon dia semakin berubah.. dia mempunyai halkum seakan-akan lelaki.. dan perangai dia pun tidak melambangkan dia itu seorang perempuan.. nak katakan dia seorang tomboy pun bukan sbb dia tiada langsong kisah pahit sebelum ini.. dia selalu mengadu dekat saya "siapa saya ini? lelaki atau perempuan?".. perlukah membuat pemeriksaan pada genetik dia ? dan bolehkah membuat pembedahan jantina ? harap boleh tolong ye.. sila bagi jawapan dekat facebook saya secepat mungkin, TQ
ReplyDelete(https://www.facebook.com/edward.kim.5070)